Wednesday 29 May 2013

Pesta buku kat PWTC

Ingat tak waktu mengundi hari tu? Haaa.. Waktu tu, fatin cuti sekolah disebabkan mengundi tu lah! Hehe.. Walaupun 5 hari je cuti tetapi ia sangat bermakna buat fatin. Bukan apa, fatin rindu gila kat family lebih-lebih lagi bilik 'kesayangan' fatin tuh. Huhu...
Kat rumah:

Ibu: Angah nak pergi pesta buku tak?
Fatin: Hhmm... (dalam fikiran 'hhmm.. syok ni kalau dapat pegi pesta buku. Nak borong la semua buku kat situ. hehe.. *tersengih sorang-sorang*)
Ibu: Kak Nurul yang ajak. Nanti Abang Fadhil yang tolong hantarkan. 
Fatin: Ohh.. Okay!! No problem.
Ibu: Kejap lagi ibu bagitahu Kak Nurul yang angah ikut.
Fatin pun angguk je.. *Dalam hati berbunga-bunga*

Esoknya, fatin dan kak nurul pun pergi ke PWTC. Pergghhh! Ramai orang woo kat situ tapi kak nurul cakap sekarang ni masih tak ramai sangat sebab orang tengah sekolah dan kerja. Ye la! Fatin datang hari jumaat. Memang la semua orang sekolah dan kerja. Fatin tak boleh bayangkan keadaan kat PWTC waktu hari sabtu. Mesti sesak!! 
Setelah 4 jam ber'shopping', kitaorg pun bawak balik 4 plastik yang dipenuhi dengan buku. Kitaorg beli banyak novel. Fatin beli 4 buah komik. Tu pun untuk abang dan adik Fatin. Kalau fatin tak beli, kang nangis pulak. hehe.. 
Kesimpulannya, kitaorg bershopping sakan!! Kak Nurul punya blog: http://nurulasheqin.blogspot.com/ - Follow la! 

Lelaki kena usir sebab terlalu kacak kat Arab Saudi


Terdapat beberapa lelaki diusir kerana terlalu hensem, betul ke? Menurut sumber terdapat tiga orang lelaki diusir dari satu majlis di arab kerana terlalu kacak dan menawan. Aisehh.. Tak pasal-pasal mamat tu kena usir pulak. Mereka telah dikeluarkan dari majlis itu kerana suami di Arab Saudi khuatir isteri mereka akan jatuh cinta. 

Salah seorang lelaki yang diusir ialah OMAR BORKAN AL GALA. Dia adalah jurugambar fesyen, pelakon  serta poet dari Dubai. Cuba tengok gambar dia. Bagi korang, dia hensem tak?





Bagi fatin, omar ni hensem la. Tak tahu la bagi korang, dia hensem ke tak? 

Tuesday 28 May 2013

Bersama dengan budak pandai


Ni haaa... Budak-budak pandai (tak termasuk fatin eh). Okay! rasa rendah diri pulak bila duduk di kalangan budak-budak pandai. huh.. kenapa la otak dorang ni geliga sangat hah?!!! ni rasa nak hempuk je kepala dorang. haha.. jahat oh fatin. Yes!! fatin mengaku yang fatin cemburu gila bila tengok result dorang. Perghhhh.. tak nak kalah kott.. Exam penggal 1 hari tu, fatin dapat ranking ke 76 seluruh form 4. Dan budak di sebelah fatin ni ranking ke 20. Aisehhh mann.. betapa jauhnya kedudukan fatin dengan dorang. Takpe2, akhir tahun ni kita tengok siapa yang mendahului. Yes! Putus asa tiada dalam kamus hidup fatin okay?!
Kalau nak tahu fatin sekolah kat SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan. Jauhkan? Fatin duduk kat Shah Alam. hehe...

Petua Memutihkan Muka




Terdapat banyak cara untuk memutihkan muku selain menggunakan cream atau produk. Fatin lebih suka putihkan muka menggunakan petua. So, Let's start!

 Cara 1: Memutihkan muka dengan gula

Basuh dan bersihkan muka dengan air bersih.
Lapkan muka dengan tisu basah (kalau ada) atau tuala lembut yang bersih
Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang anda pakai.
Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut dan perlahan.
Sambil menyapu, urut muka anda secara membula sekitar 5-10 minit
Lepas tu, biarkan ia selama 10 minit
Seterusnya, bilas muka untuk menghilangkan sisa campuran tadi.
Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk untuk menutup liang pori yang terbuka.
Ambil seketul ais dan sapukan ke muka anda untuk menutup liang pori dengan lebih berkesan (jika mahu)

 Cara 2: Memutihkan muka dengan beras

Ambil segenggam beras, tumbuk dan tambahkan air
Kemudian sapukan ke muka sebelum masuk tidur

 Cara 3: Memutihkan muka dengan beras pulut

Rendam beras pulut sehingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat
Sebelum mandi, lumurkan seluruh muka dengan beras yang ditumbuk
Biarkan lumuran separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan
Bilas muka anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin
Untuk hasil yang terbaik, amalkan 2 kali seminggu. 

 Cara 4: Memutihkan muka dengan timun

Isi timun diparut atau dihancurkan.
Campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau
Sapukan ke muka. Tunggu sehingga kering.
Akhir sekali, bilas dengan air bersih atau air suam

 Cara 5: Memutihkan muka dengan lobak merah

Parut lobak merah
Campurkan sedikit kuning telur dan jus limau nipis sehingga sebati
Sapukan ke seluruh muka dan leher. Biarkan kering.
Seterusnya, bilas dengan air bersih atau air suam
Amalkan tiga kali seminggu

 Cara 6: Memutihkan muka dengan limau nipis (paling MUDAH)

Belah limau nipis menjadi dua
Gosokkan ke muka dan badan


Kepada korang yang malas nak buat petua ni. fatin cadangkan korang pakai la produk pencerah kulit. Tapi fatin tak jamin la ada bahan kimia ke tak. But fatin tengok produk 'Safi Balqis' berkesan sebab kawan baik fatin guna produk tu. Sekarang ni, wajah dia putih gila!! Lawa kot dia 

Produk Safi Balqis




Sunday 26 May 2013

3 Budak Comel

Hai Ya!! Post ini mengisahkan tentang 3 budak comel yang menawan! 
Dari kiri: Isya, Amy, Syaza
Sebenarnya mereka bertiga ni ialah adik dorm fatin!! Cute kan dorang ni?  hehe.. Dorang ni baik sangat10X! Dorm fatin selalu kecoh sebab dorang. hehe.. Jangan marah* Waktu mula2 fatin masuk sekolah tu, fatin memang tak tahu apa-apa pun. Yes I admit yang fatin takut sangat waktu tu. Of course la kan.. Dahla first time berada di negeri orang then kena tinggal sorang-sorang kat sana. Nasib baiklah dormmate fatin semuanya baik! Fatin sangat bertuah kerana mendapat adik-adik dorm macam dorang ni  Dorang membuatkan fatin berasa selesa kat sana. Hehe..

Kepada adik-adik dormku: Thank you sebab banyak tolong Kak Fatin kat asrama dan sekolah. *malu* Korang buatkan Kak Fatin tak HOMESICK  Thank you so much!

© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel