gambar hiasan |
Waktu tingkatan 1, alhamdulillah aku dapat nombor 1 lagi untuk merentas desa. Jadi aku terpilih untuk mewakili sekolah. Yay! Aku dipilih untuk acara 4x200 meter, 4x400 meter, 800 meter dan 1500 meter. Jauh-jauhkan semuanya? ngeh.. ngeh...
Then, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Huhu.. Pertandingan tu diadakan kat Stadium Shah Alam. Kitaorg pergi sana naik kereta cikgu. Beberapa orang cikgu bawak kitaorg pegi sana sebab ramai la jugak yang mewakili sekolah, and lagipun banyak jugak acara waktu tu.
Stadium Mini Shah Alam |
Sampai je kat sana, memang berdebar-debar la. Kitaorg sampai pagi sebab takut ramai. Lagipun sekolah kitaorg memang dekat SGT! Err.. dekat la jugak. Memang dekatlah! hahaahaha... Dah dapat tempat semua, aku dengan beberapa orang senior pergi la panaskan badan dengan berlari anak mengelilingi stadium ni.
Lepas dah panaskan badan, kitaorg berehat sekejap kat tempat berkumpul. Then, cikgu panggil kitaorg untuk berlatih belakang stadium. Kitaorg pun ikut je la, berlatih ler. Habis berlatiih tu, senior-senior semua duk sibuk berbual, aku pulak macam tunggul kayu tepi tu. Ye la, satu-satunya budak form 1 kat situ mana tak segan.
Aku pun apalagi takkan nak jadi tunggul kat situ pulak. Aku pun mengambil langkah untuk berlalu dari situ. Sampai je kat tangga. Ada beberapa anak tangga je dalam 3-4 macam tu. Memang rendah je la. Aku berjalan sambil pandang bawah tau sebab duk pikir pasal pertandingan ni. Kalau kalah, mesti malu bebbbbbb!!
Tengah-tengah aku sibuk berfikir, tiba-tiba ada benda berguling-guling pastu betul-betul berhenti kat depan kaki aku. Aku pun terkejut la. Amenda pulak ni. Aku tengok atas. Tengok empunyanya. Jantung aku bagaikan terhenti seketi eceececcece ayat novel jap. Hahahaa... Mata kami bertembung. Aku kaget. Ya Allah, ciptaan tuhan sangat indah! Aku terdetik.
Kulitnya licin tanpa ada sedikit cela. Matanya bundar seperti mata mat saleh. Hidungnya sangat mancung. Keningnya begitu lebat dan cantik terletak. Bibirnya kemerahan bak delima. Ya Allah! Hensem betul!
Walaupun dia tak senyum kat aku, mukanya menjelaskan betapa hensemnya dia. Aku segera berhenti mengelamun selepas dia cuba bangun daripada bersandar di dinding untuk mengambil benda yang berada di depan kakiku itu. Aku dengan cepat terus ambik benda tu dan berikan kepadanya.
Dia tak senyum pun lebih-lebih lagi cakap terima kasih. Aku mula sakit hati. Sape je yang tak sakit hati. Cissss! Ingat kau hensem sangat?! Aku ni popular, ramai tergila-gilakan aku tahu tak! aku semakin bengang dan cuba untuk menenangkan diri.
Pastu aku teringat ibu aku pernah cakap perempuan ni kena jual mahal. Aku pun dengan muka tak senyum ke apa terus berlalu pergi. Jual mahal katakan. Sakit hati masih tak hilang. Sampai je kat tempat berkumpul, aku terus duduk main fon. Tapi fikiran masih merewang pasal dia.
Beberapa minit kemudian, bontot aku dah panas. Fikiran aku penuh pasal laki tu. PENUH! Aku takleh fokus. Aku pun dengan segera pergi kat tempat tu balik tapi dia dah takde. Aku hampa. Hampa gila! Aku pun berlalu dari situ dengan perasaan sebal. Sedih. Tulah ego tinggi sangat. Akhirnya aku menggelarnya bujang pertemuan pertama.
Dalam perjalanan, aku perasan ada sorang laki ni dia pandang aku lama. Aku dah rasa tak selasa. Aku pun pandang dia. Dia senyum kat aku. Aku terkedu. Laki tu hensem jugak tapi tak sehensem bujang pertemuan pertama. Kemudian lelaki itu tegur aku. Aku dengan jual mahalnya berlalu pergi.
Aku PELIK! Kenapa bujang pertemuan pertama tak terpikat dengan aku? -cewahhhh!- kenapa?!! Aku rasa macam maruah kau tercalar jap sebab bujang pertemuan pertama tak senyum dan tegur aku!!!!
INI TIDAK BOLEH TERJADI! lol... emo japppp hahaha
Aku cuba cari dia kat seluruh stadium tapi tak jumpa. Mungkin dah besar nanti kita akan jumpa lagi? Mungkin? Keh Keh ;)
Huhu... Sekali je aku berjumpa dengan crush aku tu. Pastu sekarang ni aku dah lupa dah muka dia macam mana. Tapi ingat tang mata dia je. Hahahhahahah...
Biasalah zaman tak matang macam tu ler. Tapi tulah kisah time zaman kecik dulu. Kecik ke? hahahaha...
Alhamdulillah zaman dah besor ni, dah takde dah crush-crush ni. Semua fikir pasal study, study dan study.
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya crush tak elok bukan apa crush ni boleh bawa kita ke arah penzinaan. Ye la! Lagipun kalau kita duk syok sendiri sampai lupa Allah yang maha esa, sampai sanggup lambatkan solat, bukan ke lebih baik kita jauhkan perkara-perkara seperti crush ni?
Conclusionnya, aku nak nasihat kat korang. Crush ni membuang masa pastu kita sendiri yang sakit hati sebab kita sorang je yang ada perasaan kat dia, entah-entah dia tak pernah tahu yang kita wujud kat dunia ni. aduyaiiii.... menyedihkan...
I just want to tell you guys 'JODOH akan datang pada waktu yang tepat!'. Doa banyak-banyak okay? In sha Allah akan dapat orang yang boleh membimbing kita ke jalan Allah :) Amin...
THANKS FOR READING!
Conclusionnya, aku nak nasihat kat korang. Crush ni membuang masa pastu kita sendiri yang sakit hati sebab kita sorang je yang ada perasaan kat dia, entah-entah dia tak pernah tahu yang kita wujud kat dunia ni. aduyaiiii.... menyedihkan...
I just want to tell you guys 'JODOH akan datang pada waktu yang tepat!'. Doa banyak-banyak okay? In sha Allah akan dapat orang yang boleh membimbing kita ke jalan Allah :) Amin...
THANKS FOR READING!