Saturday, 26 January 2013

Arwah Abang Hamsa

Fatin dikhabarkan bahawa abang angkat Fatin iaitu Abang Hamsa telah meninggal dunia semalam. Sebenarnya Fatin dah lama tak berhubung dengannya. 6 hari sebelum dia meninggal, hati Fatin tergerak untuk bersms dengannya tetapi dia tidak balas. Setelah mendapat tahu pemergiannya, Fatin berasa sangat sedih sehingga mendapat sakit kepala. Fatin teringat segala kenangan bersamanya. Dia pernah memberi komik yang dilukis sendiri kepada Fatin. Dia juga memberi hadiah hari jadi kepada Fatin iaitu teddy bear, surat dan kad. Yang paling menyentuh hati Fatin adalah dia membuatkan lagu untuk Fatin. Abang Hamsa maafkan Fatin kerana tidak memberi apa-apa kepadamu. Insya-Allah Fatin akan sentiasa mendoakan Abang Hamsa di sana. Fatin harap rohnya tenang di sana dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Kepada sesiapa yang membaca, Sedekahkan la Al-Fatihah buat Arwah Abg Hamsa.
© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel