Tuesday, 28 May 2013

Bersama dengan budak pandai


Ni haaa... Budak-budak pandai (tak termasuk fatin eh). Okay! rasa rendah diri pulak bila duduk di kalangan budak-budak pandai. huh.. kenapa la otak dorang ni geliga sangat hah?!!! ni rasa nak hempuk je kepala dorang. haha.. jahat oh fatin. Yes!! fatin mengaku yang fatin cemburu gila bila tengok result dorang. Perghhhh.. tak nak kalah kott.. Exam penggal 1 hari tu, fatin dapat ranking ke 76 seluruh form 4. Dan budak di sebelah fatin ni ranking ke 20. Aisehhh mann.. betapa jauhnya kedudukan fatin dengan dorang. Takpe2, akhir tahun ni kita tengok siapa yang mendahului. Yes! Putus asa tiada dalam kamus hidup fatin okay?!
Kalau nak tahu fatin sekolah kat SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan. Jauhkan? Fatin duduk kat Shah Alam. hehe...

Petua Memutihkan Muka




Terdapat banyak cara untuk memutihkan muku selain menggunakan cream atau produk. Fatin lebih suka putihkan muka menggunakan petua. So, Let's start!

 Cara 1: Memutihkan muka dengan gula

Basuh dan bersihkan muka dengan air bersih.
Lapkan muka dengan tisu basah (kalau ada) atau tuala lembut yang bersih
Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang anda pakai.
Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut dan perlahan.
Sambil menyapu, urut muka anda secara membula sekitar 5-10 minit
Lepas tu, biarkan ia selama 10 minit
Seterusnya, bilas muka untuk menghilangkan sisa campuran tadi.
Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk untuk menutup liang pori yang terbuka.
Ambil seketul ais dan sapukan ke muka anda untuk menutup liang pori dengan lebih berkesan (jika mahu)

 Cara 2: Memutihkan muka dengan beras

Ambil segenggam beras, tumbuk dan tambahkan air
Kemudian sapukan ke muka sebelum masuk tidur

 Cara 3: Memutihkan muka dengan beras pulut

Rendam beras pulut sehingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat
Sebelum mandi, lumurkan seluruh muka dengan beras yang ditumbuk
Biarkan lumuran separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan
Bilas muka anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin
Untuk hasil yang terbaik, amalkan 2 kali seminggu. 

 Cara 4: Memutihkan muka dengan timun

Isi timun diparut atau dihancurkan.
Campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau
Sapukan ke muka. Tunggu sehingga kering.
Akhir sekali, bilas dengan air bersih atau air suam

 Cara 5: Memutihkan muka dengan lobak merah

Parut lobak merah
Campurkan sedikit kuning telur dan jus limau nipis sehingga sebati
Sapukan ke seluruh muka dan leher. Biarkan kering.
Seterusnya, bilas dengan air bersih atau air suam
Amalkan tiga kali seminggu

 Cara 6: Memutihkan muka dengan limau nipis (paling MUDAH)

Belah limau nipis menjadi dua
Gosokkan ke muka dan badan


Kepada korang yang malas nak buat petua ni. fatin cadangkan korang pakai la produk pencerah kulit. Tapi fatin tak jamin la ada bahan kimia ke tak. But fatin tengok produk 'Safi Balqis' berkesan sebab kawan baik fatin guna produk tu. Sekarang ni, wajah dia putih gila!! Lawa kot dia 

Produk Safi Balqis




© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel