Friday, 24 April 2015

Jangan Berputus Asa




Entry kali ni pasal jangan berputus asa. Okay, kenapa Fatin nak tulis pasal jangan berputus asa? Sebab Fatin pernah melaluinya. So Fatin nak share dengan korang pasal pengalaman Fatin.

Lets Start! 



Kat dunia ni sape je yang tak pernah diuji? Semua orang pernah ditimpa masalah, malah setiap manusia mempunyai masalah yang tidak sama. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.


Bahkan Allah sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Al-Quran:


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan:



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Cerita Fatin 1

SPM, Fatin pernah diuji iaitu waktu peperiksaan Bahasa Inggeris. Fatin kena buat essay dan Fatin pilih soalan yang paling senang. Fatin ni jenis yang suka karang cerita.

Soalan ia berbunyi seperti ini:

Write a story about a fisherman beginning with;
"The wind blew strongly. Out of sea, ..." 


And then, Fatin pun mula la menulis essay. Pastu, pengawas pun cakap 'Anda ada lagi 10 minit'. Tiba-tiba Fatin tergerak hati nak baca balik soalan tu. Rupa-rupanya Fatin dah salah tulis essay. Fatin tulis pasal cinta tapi dalam soalan tu suruh tulis pasal Fisherman.

Tangan Fatin menggeletar pastu rasa macam nak nangis. Fatin rasa macam nak stop then tido. Tapi bila fikir balik yang Fatin study for 5 years, takkan nak sia-siakan peperiksaan terakhir ni. So Fatin bangkit dan terus betulkan cerita tu daripada kisah cinta kepada kisah Fisherman.

Alhamdulillah, akhirnya dapat disiapkan sebelum masa tamat. Fatin rasa lega sangat lepas dah keluar dari dewan. Rasa macam tak sia-sia la Fatin tak berputus asa.

And now, Alhamdulillah Fatin dapat A :)



Kesimpulannya, Fatin nak sampaikan kepada para pembaca jangan pernah berputus asa dalam setiap perkara. Kita kena sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang maha mengetahui. Yang penting kita dah berusaha.


© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel