Thursday, 30 April 2015

I like you

I like you too. 


Tak salah kalau kita suka seseorang, Sebab apa? Sebab ni fitrah manusia. Allah cipta manusia yang mempunyai berbagai perasaan - marah, suka, sedih dan sebagainya. Tapi kalau perasaan suka ni tak boleh dikawal sehingga membawa kita ke arah kemaksiatan, lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat.

Kepada yang putus cinta pun boleh baca tips ni. Semoga kita sama-sama muhasabah diri 

Fatin nak kongsikan beberapa tips yang diambil daripada blog ni


  • Dekatkan diri kepada Allah. Maka, rasa cinta kepada Allah akan bertambah dan perlahan-lahan orang yang kita suka akan dilupakan.

  • Buang semua pasal dia - hadiah, barang, gambar, mesej mahupun record calls.

  • Kalau nak luahkan perasaan, luahkan kepada orang yang kita percayai - parents, family, friends, Jangan luahkan kat social media, nanti bertambah sedih. 

  • Jgn pernah STALK dia! JGN!!!

  • Busykan diri kita. Pergilah study, kerja, or apa-apa jelah yang boleh membuatkan korang sibuk.

  • Kalau still tak boleh lupakan, fikir keburukan dia. Pastu memperbesarkan keburukan dia.



Still tkleh lupakan dia sbb you guys tak pernah fikir keburukan dia. Semua pasal dia mesti PERFECT!
 
Okaylah. Kalau still tak boleh lupakan dia. Minta doa banyak-banyak kat Allah. Allah je tempat kita mengadu. Fatin faham perasaan korang. Mesti hati korang dah tertutupkan?

If korg still sayangkan dia, doa semoga Jodoh korg dgn dia kuat. Korang percayakan takdir Allah bukan? Mesti ada hikmah kenapa benda ni semua terjadi. Fatin percaya Allah Maha Mengetahui.

Semua mesti bersebab.

Sbnrnya hati Fatin pun dah tertutup tapi Fatin tahu ada seorang jejaka kat luar sana sudah ditakdirkan untuk Fatin. Hanya tunggu masa yang sesuai. Skrg ni just fikir study je. Bila dah ada kerja, berjaya, kaya. InsyaAllah jodoh itu pasti akan datang. InsyaaAllah. 



Wanita lamar lelaki?

Tak pelik pun. Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad.

If satu hari nanti, korang terjumpa seorang lelaki yang mampu membawa korang ke jalan Allah. Maka lamarlah dia. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana ditolak sekalipun Allah menjanjikan insan yang terbaik.

Abad yang ke-21. Salahkah seandainya si bunga menyunting si kumbang untuk dijadikan teman dunia dan akhirat setelah melakukan istikharah? Bertentangankah dengan adat nenek moyang yang dipegang? Mungkin akan 'lari' daripada adat tetapi tiada larangan dlm Islam jika si bunga melamar si kumbang. Bahkan ia merupakan amalan terpuji.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Yang pasti tetapkan lah berdoa, tidak salah mencuba.





Friday, 24 April 2015

Jangan Berputus Asa




Entry kali ni pasal jangan berputus asa. Okay, kenapa Fatin nak tulis pasal jangan berputus asa? Sebab Fatin pernah melaluinya. So Fatin nak share dengan korang pasal pengalaman Fatin.

Lets Start! 



Kat dunia ni sape je yang tak pernah diuji? Semua orang pernah ditimpa masalah, malah setiap manusia mempunyai masalah yang tidak sama. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.


Bahkan Allah sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Al-Quran:


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan:



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Cerita Fatin 1

SPM, Fatin pernah diuji iaitu waktu peperiksaan Bahasa Inggeris. Fatin kena buat essay dan Fatin pilih soalan yang paling senang. Fatin ni jenis yang suka karang cerita.

Soalan ia berbunyi seperti ini:

Write a story about a fisherman beginning with;
"The wind blew strongly. Out of sea, ..." 


And then, Fatin pun mula la menulis essay. Pastu, pengawas pun cakap 'Anda ada lagi 10 minit'. Tiba-tiba Fatin tergerak hati nak baca balik soalan tu. Rupa-rupanya Fatin dah salah tulis essay. Fatin tulis pasal cinta tapi dalam soalan tu suruh tulis pasal Fisherman.

Tangan Fatin menggeletar pastu rasa macam nak nangis. Fatin rasa macam nak stop then tido. Tapi bila fikir balik yang Fatin study for 5 years, takkan nak sia-siakan peperiksaan terakhir ni. So Fatin bangkit dan terus betulkan cerita tu daripada kisah cinta kepada kisah Fisherman.

Alhamdulillah, akhirnya dapat disiapkan sebelum masa tamat. Fatin rasa lega sangat lepas dah keluar dari dewan. Rasa macam tak sia-sia la Fatin tak berputus asa.

And now, Alhamdulillah Fatin dapat A :)



Kesimpulannya, Fatin nak sampaikan kepada para pembaca jangan pernah berputus asa dalam setiap perkara. Kita kena sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang maha mengetahui. Yang penting kita dah berusaha.


© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel