I like you
I like you too.
Tak salah kalau kita suka seseorang, Sebab apa? Sebab ni fitrah manusia. Allah cipta manusia yang mempunyai berbagai perasaan - marah, suka, sedih dan sebagainya. Tapi kalau perasaan suka ni tak boleh dikawal sehingga membawa kita ke arah kemaksiatan, lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat.
Kepada yang putus cinta pun boleh baca tips ni. Semoga kita sama-sama muhasabah diri
Fatin nak kongsikan beberapa tips yang diambil daripada blog ni
- Dekatkan diri kepada Allah. Maka, rasa cinta kepada Allah akan bertambah dan perlahan-lahan orang yang kita suka akan dilupakan.
- Buang semua pasal dia - hadiah, barang, gambar, mesej mahupun record calls.
- Kalau nak luahkan perasaan, luahkan kepada orang yang kita percayai - parents, family, friends, Jangan luahkan kat social media, nanti bertambah sedih.
- Jgn pernah STALK dia! JGN!!!
- Busykan diri kita. Pergilah study, kerja, or apa-apa jelah yang boleh membuatkan korang sibuk.
- Kalau still tak boleh lupakan, fikir keburukan dia. Pastu memperbesarkan keburukan dia.
Still tkleh lupakan dia sbb you guys tak pernah fikir keburukan dia. Semua pasal dia mesti PERFECT!
Okaylah. Kalau still tak boleh lupakan dia. Minta doa banyak-banyak kat Allah. Allah je tempat kita mengadu. Fatin faham perasaan korang. Mesti hati korang dah tertutupkan?
If korg still sayangkan dia, doa semoga Jodoh korg dgn dia kuat. Korang percayakan takdir Allah bukan? Mesti ada hikmah kenapa benda ni semua terjadi. Fatin percaya Allah Maha Mengetahui.
Semua mesti bersebab.
Sbnrnya hati Fatin pun dah tertutup tapi Fatin tahu ada seorang jejaka kat luar sana sudah ditakdirkan untuk Fatin. Hanya tunggu masa yang sesuai. Skrg ni just fikir study je. Bila dah ada kerja, berjaya, kaya. InsyaAllah jodoh itu pasti akan datang. InsyaaAllah.
Wanita lamar lelaki?
Tak pelik pun. Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad.
If satu hari nanti, korang terjumpa seorang lelaki yang mampu membawa korang ke jalan Allah. Maka lamarlah dia. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana ditolak sekalipun Allah menjanjikan insan yang terbaik.
Abad yang ke-21. Salahkah seandainya si bunga menyunting si kumbang untuk dijadikan teman dunia dan akhirat setelah melakukan istikharah? Bertentangankah dengan adat nenek moyang yang dipegang? Mungkin akan 'lari' daripada adat tetapi tiada larangan dlm Islam jika si bunga melamar si kumbang. Bahkan ia merupakan amalan terpuji.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.
Yang pasti tetapkan lah berdoa, tidak salah mencuba.
© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel
No comments:
Post a Comment