Thursday, 24 December 2015

My Skincare Review

Tadaaaa.... Fatin pasti ramai suka entry Fatin kali ini. Sebab apa? Sebab entry berkenaan penjagaan kulit Fatin seharian. Tak sabarnya nak cite kat korang!!!
JOMMMM!
Sebelum tu Farah ada buat entry pasal Give Me Your Skincare Review. Thats why Fatin nak buat post pasal skincare.
OKay! OKay! Jom kita mulakan.
Cleanser
Untuk cleanser, Fatin guna produk Beaute.Shine. Produk ni mengandungi cleanser, krim siang, dan krim malam. Tapi Fatin hanya menggunakan clenaser sahaja sebab cleanser dia sangat bagus. Ia mengandungi bahan organik dan tidak terlalu berbuih. 
Sebenarnya cleanser yang berbuih boleh menyebabkan kulit kita kering.
Krim
Fatin tak pakaikan pun krim siang atau krim malam.
Pelembab

Untuk moisture skin pulak, Fatin just guna produk yang mengandungi Aloe Vera. Produk ni sangat terkenal kat Malaysia. Dan semua orang tahu kebaikannya. So Fatin tak perlu explain la eh.
Kalau adik Fatin ada ruam, Fatin memang letak magic jelly ni. Bagus sangat!
Primer

Apa itu primer? Primer ni krim sebelum kita pakai foundation/bbcream/cccream. Haaa... Tulah primer. Primer pulak Fatin pakai brand Etude House

Primer ni memang best sebab dia sangat lembut dan membuatkan kulit kita nampak natural.
Pore
Alamak, ni amende pulak ni. Haha... Produk ni khas untuk menutup liang pori and garis-garis halus. Muka kita akan nampak licin je. Thats why orang yang pakai makeup semua kulit licin. Produk ni Fatin beli kat Sephora KL.

Yes! Memang menjadi!!! I'm in love with it!

Foundation

Untuk foundation pulak, Fatin just guna JUWITA.
Seriously, sejak Fatin pakai Juwita. Kawan-kawan tegur kulit makin cantik sebab foundation ni menutup cela-cela kat muka.
Bedak Muka
For bedak, Fatin pakai brand Victoria Jackson. Tak tahu nak cakap sebab memang best bila pakai bedak ni. 
Dia takkan bertompok even kita berpeluh.
Bedak Sejuk

Yang ni paling best!!!!!!! Ya Allah! Serius Fatin suka sangat bedak sejuk ni. Alhamdulillah sejak pakai bedak sejuk ni muka Fatin licin habis!! Liciin gila kata kau!!! Bintik2 kecik macam ruam semua hilang! Selama Fatin pakai bedak sejuk ni, jerawat tak pernah timbul!! Suka sangat!!! Korang try la!! Belum cuba belum tahu. You can get this kat mana2 kedai yang jual produk kecantikan.
Fatin memang sarankan korang guna ni
Ni je yang Fatin pakai selama ni setelah sekian lama mencari produk yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Bersyukur gila! Thank you for reading my entry. 

Sunday, 15 November 2015

Actuarial Science (Sains Aktuari)

Hello Guys!!!! 
Lama gila tak update blog ini. Huhu.. kesian dia. Takpe2 kali ini Fatin akan berkongsi dengan korang tentang MY COURSE!! 
Yessss!!!! Akhirnya Fatin berpeluang cerita pasal kos Fatin ni.
So, Jom kita mulakan.
For your information, Fatin berumur 18 tahun (2015). Alhamdulillah Fatin dah selamat menghabiskan sem 1 di UiTM Tapah, Perak. (jangan ckp korg tak tahu tapah kat mana) 
And, Fatin ambik kos Sains Aktuari (Actuarial Science)
Eh, Apa itu Actuarial Science?
kos pasal akuarium?
akuari?
ohhh kos pasal binatang dalam air ke?
ish3 korg ni, apa yang korg pikir tu semua salah. SALAH SAMA SEKALI!!!
A BIG NO! NO! NO!
Habis tu Aktuari ni apa?
Sebenarnya Sains Aktuari ni pasal MATEMATIK! 
YeS! MATHEMATICS!
Sape yang minat matematik boleh la amik kos ni eh. Ngeh ngeh.
Tapi sebelum korg nak amik kos ni, fikir la sepuluh, seratus kali eh. Sebabbbbbbbb.... Aktuari adalah 
top 2 kos paling susah di Malaysia. *ada masuk dalam twitter, tp tk jumpa pulak gambar dia. pandai2 
la korg cari*
Butttttt!!!
Korg jangan takut pulak. Mmg la susah, semua kos susah sebenarnya. Sape yg suka benda yg mencabar. Jgn segan silu amik kos ini.
Kos ini untung maaaaa... sbb bila korg kerja, gaji boleh mencecah berpuluhan ribu. Kos ni mmg rare untuk org melayu. Mmg kebanyakan melayu tak tahu pun pasal kos ini tapi tersangat lah popular dlm kalangan orang cina. 
Kos ni majoriti org cina maaaaa... mana melayu yg lain? Haiyaaaa... 
Kos ini ada professional paper mcm engineer and akauntan. Kalau korg pass paper ni, perghhhhhh gaji mmg lumayan gilaaaaa!! lagi lumayan drpd doktor bebssss...

Sampai sni jelah ehh.. sbb dh tk larat nak tulis hahaha... kalau nk tahu lebih lanjut boleh la tanya Fatin. In sha Allah akan ku jawab semua soalan anda semua. ecewahhh
-UiTM ada memberi peluang kepada student diploma-degree actuary dapat buat exam professional papers for freeee weihhh for freeee (result kena gempak), sape je yg nk bagi free free ni kan. Dah la satu paper RM750++ gila kau!!! And peluang ini tidak ada untuk pelajar matrik/asasi yg masuk ke degree in actuary. So Fatin sarankan amik diploma dulu-
Korg boleh jugak check kat google.
2012 - malas nk crop, printscreen terus hehehe


2015

Thursday, 30 April 2015

I like you

I like you too. 


Tak salah kalau kita suka seseorang, Sebab apa? Sebab ni fitrah manusia. Allah cipta manusia yang mempunyai berbagai perasaan - marah, suka, sedih dan sebagainya. Tapi kalau perasaan suka ni tak boleh dikawal sehingga membawa kita ke arah kemaksiatan, lebih baik kita mencegahnya sebelum terlambat.

Kepada yang putus cinta pun boleh baca tips ni. Semoga kita sama-sama muhasabah diri 

Fatin nak kongsikan beberapa tips yang diambil daripada blog ni


  • Dekatkan diri kepada Allah. Maka, rasa cinta kepada Allah akan bertambah dan perlahan-lahan orang yang kita suka akan dilupakan.

  • Buang semua pasal dia - hadiah, barang, gambar, mesej mahupun record calls.

  • Kalau nak luahkan perasaan, luahkan kepada orang yang kita percayai - parents, family, friends, Jangan luahkan kat social media, nanti bertambah sedih. 

  • Jgn pernah STALK dia! JGN!!!

  • Busykan diri kita. Pergilah study, kerja, or apa-apa jelah yang boleh membuatkan korang sibuk.

  • Kalau still tak boleh lupakan, fikir keburukan dia. Pastu memperbesarkan keburukan dia.



Still tkleh lupakan dia sbb you guys tak pernah fikir keburukan dia. Semua pasal dia mesti PERFECT!
 
Okaylah. Kalau still tak boleh lupakan dia. Minta doa banyak-banyak kat Allah. Allah je tempat kita mengadu. Fatin faham perasaan korang. Mesti hati korang dah tertutupkan?

If korg still sayangkan dia, doa semoga Jodoh korg dgn dia kuat. Korang percayakan takdir Allah bukan? Mesti ada hikmah kenapa benda ni semua terjadi. Fatin percaya Allah Maha Mengetahui.

Semua mesti bersebab.

Sbnrnya hati Fatin pun dah tertutup tapi Fatin tahu ada seorang jejaka kat luar sana sudah ditakdirkan untuk Fatin. Hanya tunggu masa yang sesuai. Skrg ni just fikir study je. Bila dah ada kerja, berjaya, kaya. InsyaAllah jodoh itu pasti akan datang. InsyaaAllah. 



Wanita lamar lelaki?

Tak pelik pun. Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad.

If satu hari nanti, korang terjumpa seorang lelaki yang mampu membawa korang ke jalan Allah. Maka lamarlah dia. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana ditolak sekalipun Allah menjanjikan insan yang terbaik.

Abad yang ke-21. Salahkah seandainya si bunga menyunting si kumbang untuk dijadikan teman dunia dan akhirat setelah melakukan istikharah? Bertentangankah dengan adat nenek moyang yang dipegang? Mungkin akan 'lari' daripada adat tetapi tiada larangan dlm Islam jika si bunga melamar si kumbang. Bahkan ia merupakan amalan terpuji.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Yang pasti tetapkan lah berdoa, tidak salah mencuba.





Friday, 24 April 2015

Jangan Berputus Asa




Entry kali ni pasal jangan berputus asa. Okay, kenapa Fatin nak tulis pasal jangan berputus asa? Sebab Fatin pernah melaluinya. So Fatin nak share dengan korang pasal pengalaman Fatin.

Lets Start! 



Kat dunia ni sape je yang tak pernah diuji? Semua orang pernah ditimpa masalah, malah setiap manusia mempunyai masalah yang tidak sama. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.


Bahkan Allah sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Al-Quran:


أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan:



أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Cerita Fatin 1

SPM, Fatin pernah diuji iaitu waktu peperiksaan Bahasa Inggeris. Fatin kena buat essay dan Fatin pilih soalan yang paling senang. Fatin ni jenis yang suka karang cerita.

Soalan ia berbunyi seperti ini:

Write a story about a fisherman beginning with;
"The wind blew strongly. Out of sea, ..." 


And then, Fatin pun mula la menulis essay. Pastu, pengawas pun cakap 'Anda ada lagi 10 minit'. Tiba-tiba Fatin tergerak hati nak baca balik soalan tu. Rupa-rupanya Fatin dah salah tulis essay. Fatin tulis pasal cinta tapi dalam soalan tu suruh tulis pasal Fisherman.

Tangan Fatin menggeletar pastu rasa macam nak nangis. Fatin rasa macam nak stop then tido. Tapi bila fikir balik yang Fatin study for 5 years, takkan nak sia-siakan peperiksaan terakhir ni. So Fatin bangkit dan terus betulkan cerita tu daripada kisah cinta kepada kisah Fisherman.

Alhamdulillah, akhirnya dapat disiapkan sebelum masa tamat. Fatin rasa lega sangat lepas dah keluar dari dewan. Rasa macam tak sia-sia la Fatin tak berputus asa.

And now, Alhamdulillah Fatin dapat A :)



Kesimpulannya, Fatin nak sampaikan kepada para pembaca jangan pernah berputus asa dalam setiap perkara. Kita kena sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah. Kerana Allah sahaja yang maha mengetahui. Yang penting kita dah berusaha.


Wednesday, 18 February 2015

LIEBSTER AWARD BY WEIRDO

Seriously terkejut sebab tiba-tiba kena tag dengan weirdo. Lagipun Fatin baru je on blog ni. Haha.

Apa-apa pun TERIMA KASIH WEIRDO sebab sudi tag Fatin 

Now, Fatin akan jawab semua soalan Cik Weirdo kita ni. Tak sabarnya.


 Describe awak orang yang macam mana.

           Okay. *tarik nafas* Hmm.. Fatin ni mula-mula agak pemalu tapi bila dah rapat, gila-gila jugak lebih-lebih lagi dah kenal lama. 

 Awak minat Harry Potter Movie sekuel tak? Kalau minat, character mana awak suka?

  Sebenarnya Fatin tak berapa minat cite Harry Potter tapi tengok jugak la, tu pun separuh. 


 Makanan yang awak dislike.

 Saya tak suka makan benda pelik-pelik. Kebanyakan orang kan suka try makanan yang baru. Tapi Fatin bukan la orang macam tu. Kalau Fatin suka makanan tu, makanan tu je la yang Fatin makan. Pelik kan?


 Awak suka ular ataupun hamster, ataupun golfish, ataupun anak harimau bintang ataupun...

 Saya suka PANDA!! haha. Fatin suka semua binatang tapi yang cute-cute je la macam harimau, kucing, hamster, dan sebagainya. Dulu Fatin pernah bercita-cita nak jadi doktor haiwan.


 Cuba awak bagi list lagu (sikit je tak banyak) yang awak gila-gila suka.

 A thousand years, That Woman (Baek Ji young), Don't say goodbye (Davichi), I wonder if you hurt like me (2AM). Fatin suka lagu yang sedih-sedih. And lagu piano. Ballade Pour Adeline (Richard Clayderman)


 Awak introvert, ambivert, ataupun extrovert?

 Ambivert. Kadang-kadang pemalu tapi mudah bercakap. Gabungan antara sikap introvert dan extrovert.


Alhamdulillah Finally selesai menjawab soalan Cik Weirdo 


Soalan Fatin:

1. Ciri-ciri istimewa awak
2. Awak suka baca novel tak? kenapa?
3. Suka barang branded atau biasa-biasa je?
4. Suka jenis lagu yang macam mana? Balada ke Soul ke Pop ke? Kenapa?
5. Hobi dan cita-cita?
6. Awak introvert, ambivert, ataupun extrovert?

Tag: Zulaiqa , Teena , Aqilah , Nabihah , Yana , Farisha , Que's

Syarat-syarat:

1. Answer the questions
2. Nominate other bloggers
3. Create the questions
4. Notify your nominate


© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel