Thursday, 24 December 2015

My Skincare Review

Tadaaaa.... Fatin pasti ramai suka entry Fatin kali ini. Sebab apa? Sebab entry berkenaan penjagaan kulit Fatin seharian. Tak sabarnya nak cite kat korang!!!
JOMMMM!
Sebelum tu Farah ada buat entry pasal Give Me Your Skincare Review. Thats why Fatin nak buat post pasal skincare.
OKay! OKay! Jom kita mulakan.
Cleanser
Untuk cleanser, Fatin guna produk Beaute.Shine. Produk ni mengandungi cleanser, krim siang, dan krim malam. Tapi Fatin hanya menggunakan clenaser sahaja sebab cleanser dia sangat bagus. Ia mengandungi bahan organik dan tidak terlalu berbuih. 
Sebenarnya cleanser yang berbuih boleh menyebabkan kulit kita kering.
Krim
Fatin tak pakaikan pun krim siang atau krim malam.
Pelembab

Untuk moisture skin pulak, Fatin just guna produk yang mengandungi Aloe Vera. Produk ni sangat terkenal kat Malaysia. Dan semua orang tahu kebaikannya. So Fatin tak perlu explain la eh.
Kalau adik Fatin ada ruam, Fatin memang letak magic jelly ni. Bagus sangat!
Primer

Apa itu primer? Primer ni krim sebelum kita pakai foundation/bbcream/cccream. Haaa... Tulah primer. Primer pulak Fatin pakai brand Etude House

Primer ni memang best sebab dia sangat lembut dan membuatkan kulit kita nampak natural.
Pore
Alamak, ni amende pulak ni. Haha... Produk ni khas untuk menutup liang pori and garis-garis halus. Muka kita akan nampak licin je. Thats why orang yang pakai makeup semua kulit licin. Produk ni Fatin beli kat Sephora KL.

Yes! Memang menjadi!!! I'm in love with it!

Foundation

Untuk foundation pulak, Fatin just guna JUWITA.
Seriously, sejak Fatin pakai Juwita. Kawan-kawan tegur kulit makin cantik sebab foundation ni menutup cela-cela kat muka.
Bedak Muka
For bedak, Fatin pakai brand Victoria Jackson. Tak tahu nak cakap sebab memang best bila pakai bedak ni. 
Dia takkan bertompok even kita berpeluh.
Bedak Sejuk

Yang ni paling best!!!!!!! Ya Allah! Serius Fatin suka sangat bedak sejuk ni. Alhamdulillah sejak pakai bedak sejuk ni muka Fatin licin habis!! Liciin gila kata kau!!! Bintik2 kecik macam ruam semua hilang! Selama Fatin pakai bedak sejuk ni, jerawat tak pernah timbul!! Suka sangat!!! Korang try la!! Belum cuba belum tahu. You can get this kat mana2 kedai yang jual produk kecantikan.
Fatin memang sarankan korang guna ni
Ni je yang Fatin pakai selama ni setelah sekian lama mencari produk yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Bersyukur gila! Thank you for reading my entry. 

1 comment:

frhadbhkmr said...

Omg hahahah i dont expect you write an official post to reply my ask in my previous post. Btw, thank you and nice post :)

© Copyright 2012 | ALL Right Reserved to Fatin Comel